Fans Club Titip Kata-Kata Semangat Buat Naim Daniel

Fans Club Titip Kata-Kata Semangat Buat Naim Daniel

Oh! Artis

Ramai pengikut titip kata semangat buat Naim di Instagram, mohon dia terus kuat dan tidak putus asa.


Biarpun sedang berdepan pelbagai spekulasi hangat di media sosial, pelakon dan penyanyi popular, Naim Daniel tetap mendapat sokongan padu peminat setia.

Menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story @naimians, Naim menerima pelbagai mesej semangat dan doa agar dia terus kuat menghadapi cabaran yang mendatang.

Peminat Naim Daniel titip pesanan penuh empati…

Tak apa kalau langkah terhenti sekejap. Rehatlah, bukan berputus asa. Jiwa seindah Naim takkan pernah padam cahayanya.- Peminat.

 6467

Seorang lagi pengikut juga sempat memberikan kata nasihat supaya Naim terus istiqamah dengan amalan ibadah.

Naim stay strong, hope you are doing well. Solat jangan tinggal, always berdoa okay.

Dalam hantaran lain, seorang netizen turut menyatakan keyakinan bahawa kebenaran akan terbukti.

Even though tak tahu lagi benda sahih ke tak sahih, saya akan tunggu penjelasan daripada pihak polis. Tapi saya yakin Naim takkan buat benda keji begitu.

 6466

Admin @naimians turut memberi peringatan agar netizen tidak menyebarkan berita yang belum pasti kesahihannya.

Jika belum pasti, usah sebarkan. Jika belum sahih, jangan kongsi. Lebih baik berhenti, daripada menjadi penyambung kepada dosa yang tak disedari.

Tindakan itu dilihat sebagai langkah bijak untuk mengurangkan spekulasi dan fitnah yang semakin menular di media sosial.

1d4f1802 dd58 413c 9c64 a71814fd2199

Pssttt! Dalam dunia media sosial yang pantas, kita mudah terjebak dengan menyebarkan sesuatu tanpa semak terlebih dahulu. Dalam apa jua situasi, lebih baik berdiam diri daripada menjadi penyambung kepada fitnah. Sokongan dan doa lebih bermakna daripada kecaman yang tidak pasti.

Kredit: Instagram naimians
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top