Fara Salleh Dakwa Hidup Susah Lepas Kahwin? – “Dulu Boleh Beli Barang Mewah, Sekarang Duit Banyak Kali Tinggal RM30…”

Fara Salleh Dakwa Hidup Susah Lepas Kahwin? – “Dulu Boleh Beli Barang Mewah, Sekarang Duit Banyak Kali Tinggal RM30…”

Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh mendakwa melalui kehidupan susah terutamanya selepas mendirikan rumah tangga.

Menerusi platform Threads, Fara berkata ketika masih bujang dia mempunyai kewangan yang baik sehingga mampu membeli barangan atau membelanjakan wang mengikut kepuasan diri.

“Sebelum kahwin saya tinggal di kondominium ada tiga bilik, ada kereta sendiri, kerjaya. Dua minggu sekali pergi membeli-belah, ketika itu saya mampu beli beg tangan, kasut berjenama, bercuti dengan kawan. Hujung bulan kalau nak tunggu gaji paling sengkek pun mesti ada baki RM1,000,” katanya.

Mengakui kesal dengan keadaan tersebut, Fara turut mendakwa kini tidak mempunyai wang untuk berbelanja mewah seperti dahulu.

“Sekarang tak mampu dan tak ada dah semua itu. Banyak kali dalam akaun bank tinggal RM30, RM50.. Susah gila dengan komitmen yang aku ada dari sebelum kahwin RM2,000 sehingga hari ini,” tambahnya.

Sebelum ini, Fara mendakwa Shuk telah mengabaikan dirinya sehingga mengalami pendarahan dalam rahim.

Artikel Berkaitan: Alami Pendarahan Dalam Rahim, Fara Salleh Dakwa Shuk Sahar Hina Hamil Anak H*ram? – “Aku Tak Takut Hilang Kau, Jumpa Di Mahkamah!”

 

Scroll to Top