Farah Diana ditemukan di rumah keluarga kenalan di Kelantan

Farah Diana ditemukan di rumah keluarga kenalan di Kelantan

am@hmetro.com.my

Seremban: Remaja perempuan berusia 17 tahun yang menghilangkan diri dari rumah keluarganya di Taman College Heights, di sini, awal pagi semalam, dilaporkan berada dalam keadaan selamat di Kelantan.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, keluarga pelajar Tingkatan Lima itu sudah dimaklumkan dan diminta untuk menjemputnya.

“Seorang remaja perempuan yang dilaporkan melarikan diri dari rumah di daerah ini semalam sudah ditemukan hari ini di Kubang Kerian, Kelantan.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan baik di rumah keluarga kenalannya dan dihantar ke Balai Polis Kubang Kerian untuk dijemput pulang oleh ahli keluarga dari Seremban.

“Sebelum ini mangsa dikatakan hilang dari rumah keluarganya di Sikamat, sekitar 6 pagi sebelum polis menerima maklumat kehilangannya pada 7.10 pagi,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Nur Farah Diana Mohd Erwadi, 17, dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kediaman keluarga oleh ibunya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top