Farah Lee Terkandas Di Syria Apabila Penerbangan Dibatalkan, Kongsi Video Bunyi Bom

Farah Lee Terkandas Di Syria Apabila Penerbangan Dibatalkan, Kongsi Video Bunyi Bom

Oh! Tidak

Farah Lee terkandas di Syria selepas penerbangan dibatalkan.


Aktivis kemanusiaan dan pempengaruh, Farah Lee berkongsi detik cemas mendengar bunyi bom ketika berada di Damascus, Syria.

Difahamkan, Farah Lee berada di sana sejak beberapa hari lalu untuk menyampaikan bantuan iftar, pek makanan dan sumbangan Ramadan menerusi pertubuhan kebajikan, Childrity.

Terkandas di Syria, ruangan udara ditutup

Namun, Farah dan pasukan terkandas buat masa ini disebabkan ruangan udara ditutup.

Menerusi hantaran di Instagram, Farah memaklumkan keadaan mereka baik-baik je dan memohon doa supaya mereka dapat pulang ke tanah air untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Bunyi bom kedengaran, gegaran turut dirasai

Farah memaklumkan dia berada di luar ketika bunyi letupan dipercayai serangan udara kedengaran berhampiran lokasi penginapannya.

Malah, kira-kira 15 minit sebelum itu, satu lagi letupan yang lebih kuat berlaku sehingga gegarannya dapat dirasai.

Tapi Insya-ALLAH semuanya okey. Kami di sini selamat sahaja, tak ada apa-apa. Cuma kami terkandas sebab ruang udara ditutup. Itu sahaja. We are all okay here.

Walaupun berdepan situasi tegang, Farah menegaskan kawasan mereka berada setakat ini tidak terjejas secara langsung.

Namun, dia tidak dapat memastikan bila dapat pulang disebabkan keadaan tegang sekarang ini.

Pssttt! Semoga beliau dan pasukan terus dilindungi serta dapat kembali ke Malaysia dengan selamat secepat mungkin.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top