Farahdhiya Terima Mesej Lucah, Siap Ada Nak Jilat Tapak Kaki

Farahdhiya Terima Mesej Lucah, Siap Ada Nak Jilat Tapak Kaki

Pelakon dan penyanyi Farahdhiya meluahkan rasa kecewa apabila menerima mesej kurang sopan di media sosial miliknya.

Menerusi hantaran di Threads, Farahdhiya memuat naik mesej tidak senonoh individu berkenaan serta meluahkan rasa malu kerana ramai yang miang serta ‘sakit mental’.

BACA: Dah Tempah Lokasi Pertunangan, Farahdhiya Masih Pilih Calon Yang Sesuai

“Saya rasa malu melihat sikap orang sekeliling kita di dunia ini. Terlalu ramai yang miang dan sakit mental. Sebab inilah saya jarang buka dan semak DM saya,” tulisnya. 

Dalam hantaran mesej tersebut, individu itu menyatakan minat terhadap kakinya serta berfantasi untuk menjilat tapak kaki aktres tersebut.

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geli dengan mesej individu berkenaan tidak kurang juga ada yang meminta Farahdhiya untuk memaparkan gambar profil pemilik akuan itu. 


Scroll to Top