Pelakon Farid Kamil mendakwa dia dan bekas isteri, Diana Danielle sudah tidak berhubung hampir setahun selepas sah bercerai pada 24 Mac lalu.
Memetik BH Online, Farid berkata dia berkomunikasi dengan dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora yang kini mempunyai telefon pintar sendiri.
BACA: Farid Kamil Tak Tutup Pintu Hati, Mahu Wanita Yang Memahami
Menurut Farid, matlamat mereka mahu membesarkan anak-anak dengan baik dan dunianya serta bekas isteri kini berbeza.
âTiada komunikasi sudah hampir setahun. Kami besarkan anak-anak dengan baik dan itu matlamat yang kami tumpu sekarang. Zaman sekarang, budak-budak ada telefon pintar sendiri. Jadi, komunikasi bukan macam dahulu.
âMuhammad dan Aurora masing-masing ada telefon pintar, jadi, tidak ada isu âbreakdown communicationâ. Kami sekarang berada dalam dunia dan ruang masa berbeza,â katanya.
Sementara itu, Farid berkata dirinya kini lebih bahagia dan meneruskan kehidupan selepas hampir setahun berpisah dengan Diana serta memberi fokus pada diri sendiri.
âSaya akui sekarang lebih tenang dan bahagia. Saya beri fokus kepada diri sendiri. Sudah hampir setahun, kita âmove forwardâ dengan hidup kita. Anak saya pun sudah sama tinggi dengan David Teo. Jadi, perubahan masa lebih pantas dan âno turning backâ,â katanya.
Sumber: BH Online