Fasa baharu di Selat Hormuz – Mojtaba Khamenei

Fasa baharu di Selat Hormuz – Mojtaba Khamenei
Fasa baharu di Selat Hormuz – Mojtaba Khamenei

Lokasi ratusan kapal yang terkandas di perairan Teluk berdasarkan data dikeluarkan MarineTraffic pada Khamis. Foto Agensi

TEHERAN – “Pengurusan di Selatan Hormuz akan memasuki fasa baharu”.

Pengumuman itu dibuat Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Mojtaba Khamenei pada Khamis selepas trafik di laluan strategik itu masih tergendala setelah pelaksanaan gencatan senjata sementara bersama Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

Mesej tegas itu dikeluarkan pada hari ke-40 memperingati pemergian bapanya, Ayatollah Ali Khamenei yang gugur syahid di tangan musuh.

“Fasa semasa merupakan kesinambungan kepada perjuangan dan legasi bapa saya. Teheran akan menuntut tindakan undang-undang dan pampasan atas segala kerosakan yang dialami sepanjang tempoh peperangan tersebut,” ujarnya.

Sejak Rabu lalu, hanya 12 kapal dibenarkan melintasi perairan strategik tersebut setelah situasi di Asia Barat masih tegang dek kempen pengeboman dilancarkan Israel ke atas Lubnan.

Menurut data Lloyd’s List Intelligence, lebih 600 kapal termasuk 325 kapal tangki masih terkandas di Teluk selepas penutupan selat tersebut sejak lebih sebulan lalu. – Agensi

Scroll to Top