Fasha Sandha Makan Dua Sudu Nasi Sahaja Sehari Untuk Kekal Cantik

Fasha Sandha Makan Dua Sudu Nasi Sahaja Sehari Untuk Kekal Cantik

Pelakon Fasha Sandha berkongsikan dia mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang untuk mengekalkan berat badan ideal.

Memetik Utusan, Fasha berkata dia mengubah diet hariannya selepas dinasihatkan doktor untuk mengatasi masalah berat badan selepas melahirkan cahaya mata.

BACA: “Kita Tak Layak Menghukum, Semua Ada Khilaf Masing-Masing” – Fasha

“Saya sentiasa kurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan serta berpada-pada bila makan.

“Paling penting saya makan dua sudu nasi sahaja dalam sehari, iaitu pada waktu pagi. Saya akan menyesal sekiranya makan nasi secara berlebihan. Jadi pada malam saya hanya makan lauk dan sayuran sahaja,” katanya.

Sementara itu, Fasha berkata sejak dulu dia selesa jalani kehidupan sederhana meskipun bergelar selebriti serta menganggap gelaran artis sekadar pekerjaan.

“Saya ini orangnya sederhana, tidak pernah anggap diri saya selebriti. Mungkin saya bergelar artis apabila saya bekerja sahaja.

“Kalau bukan waktu bekerja, hidup saya sama seperti orang lain. Ini cara saya menjalani kehidupan dari dulu sehinggalah sekarang.

“Dan sikap saya yang sekarang sama seperti dahulu. Masyarakat akan lebih dekat kalau kita merendah diri dan jadi diri sendiri. Tetapi saya bukanlah manusia sempurna, ada kekurangan,” katanya.

Sumber: Utusan


Scroll to Top