Pelakon versatile, Fasha Sandha mencipta satu lagi detik manis dalam kehidupannya apabila dianugerahkan Pingat Jasa Baik (PJB) sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-82 DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
Menerusi perkongsian di Instagram Story jurufoto, yang dikenali sebagai @syzwn.mrg, Fasha yang ditemani suaminya, Aidil Aziz kelihatan tampil anggun memakai busana berona unggu.
Manakala, dalam hantaran tersebut juga, kelihatan nama Fasha dan pelakon Rita Rudaini tersenarai antara penerima Pingat Jasa Baik (PJB).
Anugerah tersebut sekaligus menjadi satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan seni Fasha, yang bukan sahaja aktif dalam lakonan tetapi juga sering mencuri perhatian ramai dengan komitmen terhadap keluarga dan masyarakat.