Fasha Sandha Terkilan, Pramugari Persoal Duduk Di Tempat Kelas Penerbangan Ekonomi

Fasha Sandha Terkilan, Pramugari Persoal Duduk Di Tempat Kelas Penerbangan Ekonomi

Pelakon terkenal, Fasha Sandha meluahkan rasa terkilan selepas seorang pramugari mempersoalkan keputusannya dan keluarga untuk menaiki kelas ekonomi dalam satu penerbangan baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Fasha berkongsi pengalaman kurang menyenangkan itu yang berlaku pada 30 Mac lalu, ketika dalam perjalanan menyambut Aidilfitri yang juga merupakan ulang tahun perkahwinannya.

Tiba-tiba je pramugari sambut saya dengan ayat: ‘Fasha Sandha… ECONOMY CLASS?’ Saya dan anak-anak terkejut sebab sepanjang kami travel, tak pernah ditanya begitu,” katanya.

Fasha menjelaskan bahawa sejak berusia 18 tahun, dia sudah terbiasa menaiki kelas ekonomi kerana lebih mengutamakan perbelanjaan secara berhemah.

Bintang drama rantaian Rampas Cintaku itu juga menyifatkan tindakan pramugari berkenaan sebagai tidak wajar dan tidak profesional.

“Awak bernasib baik kerana saya dan suami seorang yang tenang, kalau suami lain agaknya awak akan dimaki dikhalayak ramai. Apa juga alasan awak, tanya soalan begitu tidak sesuai pada penumpang.

“Apa salahnya kalau saya, seorang selebriti duduk di Economy Class? Tak perlu tanya pada saya di hadapan penumpang lain dan anak-anak saya dengan soalan itu,” katanya.

Namun, cara pramugari itu menegur di hadapan ramai membuatkan dirinya berasa seolah-olah dihina.

“Kami ibarat dihina dikhalayak ramai. Walaupun awak dah cakap sorry, dan hantar pizza untuk anak-anak saya, tak dapat mengubati luka ini,” tulisnya lagi.

Scroll to Top