Fathia Latiff Masih Single, Dedah Ciri-Ciri Lelaki Idaman

Fathia Latiff Masih Single, Dedah Ciri-Ciri Lelaki Idaman

Oh! Artis

Fathia Latiff dedah masih belum berpunya walaupun dah 38 tahun. Ini ciri lelaki idamannya.


Pelakon cantik Fathia Latiff baru-baru ini mendedahkan yang dia masih belum menemui lelaki yang benar-benar mampu memikat hatinya walaupun usianya sudah mencecah 38 tahun.

Korang jangan terkejut, sebab menurut Fathia sendiri, hidupnya memang tak pernah sunyi daripada kehadiran lelaki, tapi semuanya sekadar berkawan je tanpa perasaan yang serius.

Susah nak cakap, tapi setakat ini Fathia belum jumpa lagi orang yang betul-betul boleh memiliki hati saya. Buat masa sekarang, yang datang semuanya macam kawan-kawan sahaja.

Yang mendekati pun sekadar sebagai kawan, tak ada lebih-lebih pun.- Luahnya.

Fathia Latiff pilih untuk ‘go with the flow’…

Fathia Latiff

Meskipun ramai yang mendesak soal jodoh bila umur makin meningkat, Fathia nampaknya lebih tenang dan tak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan.

Katanya, kalau ada jodoh yang sesuai, dia terbuka untuk menerima. Tapi kalau belum jumpa yang benar-benar faham dan menepati kehendak hatinya, dia lebih rela tunggu daripada tersalah pilih.

Buat masa ini, Fathia just go with the flow. Kalau ada, adalah. Saya nak seseorang yang jujur, yang komited dengan kerja, dan yang memahami.- Tambahnya.

Tak kisah kalau tak kahwin langsung…

Fathia Latiff

Sebelum ini pun Fathia pernah menarik perhatian netizen bila dia terbuka cakap yang dia rela tak kahwin langsung kalau tak jumpa lelaki yang sesuai dengan dirinya.

Dalam masa sama, dia juga sempat tinggalkan pesanan yang cukup ‘deep’ untuk kaum wanita di luar sana supaya jangan terlalu tertekan untuk berkahwin hanya kerana umur atau desakan masyarakat.

Pssttt! Korang yang masih single tu, jangan risau sangat pasal jodoh. Macam Fathia cakap, lebih baik tunggu yang betul-betul sesuai daripada sekadar ikut tekanan sekeliling. Ohmedia harap korang pun utamakan kebahagiaan diri dan jangan takut untuk tunggu yang terbaik. Yang penting, jangan terburu-buru.

Kredit: Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top