Fathia Latiff Syukur Dapat Job Dengan Aliff Syukri

Fathia Latiff Syukur Dapat Job Dengan Aliff Syukri

Pelakon Fathia Latiff meluahkan rasa syukur diberi peluang untuk bekerjasama dengan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.

Menerusi satu hantaran di Threads, Fathia turut menzahirkan terima kasih kepada Aliff yang menawarkan kerjasama tersebut.

BACA: Fathia Latiff Rasa Diri Selekeh, Ramona Nak Tolong Jadi Cantik Semula  

Sementara itu, Fathia turut mendoakan agar Aliff diberikan rezeki melimpah ruah dan perniagaannya terus maju.

Hantaran Fathia itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur serta berharap pelakon itu dapat ‘comeback’ kerana rindu melihatnya untuk berlakon.


Scroll to Top