Fathia mahu saman Zarina, orang paling hodoh pernah jumpa

Fathia mahu saman Zarina, orang paling hodoh pernah jumpa

KUALA LUMPUR – Pelakon Fathia Latiff mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas bekas rakan baiknya iaitu Zarina Anjoulie susulan aktres itu memburukkannya di media sosial.

Fathia berkata, dia tidak berdiam diri walaupun Zarina lebih tua dan matang daripadanya.

“Kau jauh lebih tua dan matang dari aku dan aku akan jumpa kau di mahkamah sebaik aku pulang dari luar negara,” tulisnya menerusi hantaran media sosial miliknya.

Sebelum ini, Zarina mendedahkan dia pernah mengalami nasib sama seperti Zahirah MacWilson dan mendakwa aktres itu tidak pernah berubah memandangkan mereka pernah berkawan baik sebelum ini.

Nama Fathia kembali menjadi sebutan ramai selepas dia menyamakan wajah Zahirah sama seperti bibik atau pembantu rumah dan mendakwa aktres itu pernah menjalani pembedahan plastik di bahagian bibir.

Tidak hanya Zahirah, suaminya iaitu Aiman Hakim Ridza turut terkena tempias mendakwa aktor itu tidak mempunyai wang dan bersyukur tidak berkahwin dengannya sebelum ini.

Mengulas lanjut, Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, ibarat melancarkan perang kerana turut mendoakan kehancuran Zarina selain menghina rupa parasnya sebagai hodoh.

Malah dakwa Fathia, Zarina pernah cuba mendekati bekas kekasihnya demi kepentingan peribadi.

“Aku nak tanya kau, apa jadi dengan kau? Aku okay saja sekarang ini. Aku tengah bertenang. Kau adalah orang paling hodoh pernah aku jumpa dalam hidup aku. Aku tak menipu dan berpura-pura.

“Kau baru balik umrah tapi perangai tidak elok, aku doa dekat kau supaya hidup kau hancur. Kau memang tidak ada kelas.

“Kau nak dengan semua orang, dengan bekas kekasih aku pun kau nak cuba. Kau nak apa sebenarnya? Kenapa kau cemburu dengan aku? Sebab aku lagi lawa dari kau?,” katanya.

Fathia turut menyifatkan Zarina sebagai seorang yang berhati busuk malah meminta dia mencermin diri sendiri sebelum mengata dirinya.

“Kau mempunyai hati yang sangat busuk. Sebelum kau bercakap tentang orang lain, lihat diri kau dulu. Pergi dapatkan semula selendang kau kerana awak baru pulang dari umrah,” tulisnya. – MalaysiaGazette