“Fatima Ke Yang Post Ni?” – Respon Fattah Amin Bila Anak Minta Ke Disneyland Tokyo | Oh! Artis – Oh! Media

“Fatima Ke Yang Post Ni?” – Respon Fattah Amin Bila Anak Minta Ke Disneyland Tokyo | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Fatima teringin bercuti ke Disneyland Tokyo tapi lain pula yang dijawab Fattah.


Siapa je tak kenal dengan anak comel pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura, Nur Fatima Aisya yang sentiasa mencuri perhatian netizen dengan keletahnya.

Terbaru, Fatima merakam video menyatakan hasratnya untuk bercuti ke taman tema popular dunia, Disneyland Tokyo Jepun.

“Fatima nak pergi Disneyland, please”

Fatima memujuk Fattah supaya membawanya bersama datuk dan nenek bercuti ke tempat tersebut. Di akhir video, Fatima berkata, dia sangat menyayangi Fattah.

Memberi respon kepada video tersebut, Fattah mempersoalkan siapakah yang memuat naik video tersebut di Instagram.

Fattah Amin

Fattah juga bertanya, mengapa Fatima tidak menjawab panggilan video yang dibuatnya.

Hi baby.. Fatima ke yang post ni? Hehe.. kenapa Daddy video call tak angkat?

Walaupun video tu cuma berdurasi 39 saat, tapi cukup buat ramai peminat cair dengan gelagat polos Fatima, kan?

Pssttt! Fatima dah minta Daddy spend time tu, bolehlah bercuti bila cuti sekolah nanti kan?

Kredit: Instagram Fattah Amin
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top