Fatima Minta Pergi Disneyland, Fattah Amin Balas: “Kenapa Daddy Video Call Tak Angkat?”

Fatima Minta Pergi Disneyland, Fattah Amin Balas: “Kenapa Daddy Video Call Tak Angkat?”

Pelakon dan penyanyi popular, Fattah Amin terkejut apabila anak perempuannya, Nur Fatima Aisya meminta untuk membawanya pergi bercuti ke Tokyo, Disneyland.

Menerusi sepotong video pendek yang dimuat naik di akaun instagram rasmi milik Fatima, dia didakwa meminta ayahnya itu bercuti di sana bersama-sama nenek, atok dan dua  sepupunya.

“Hi Daddy, bila daddy nak bawa Nyamma dekat Tokyo Disneyland? Nyamma nak pergi.

“Nyamma nak pergi dengan daddy Tokyo Disneyland dengan Nenda, Atok, Nayla dengan Nuqman daddy.

“Daddy… Nyamma nak please. I Love you, daddy,” katanya.

Sedar dengan video yang dimuat naik, Fattah bagaimanapun sempat memuat naik semula video tersebut menerusi Instagram Story miliknya.

“Hi baby, Fatima ke yang post ni?

“Kenapa daddy video call tak angkat?,” tulisnya pada hantaran video berkenaan.

 

Scroll to Top