“Fatima Tak Pandai, Fatima Tak Comel” – Anak Luah Kata-Kata Mengejutkan, Fazura Terkedu | Oh! Artis – Oh! Media

“Fatima Tak Pandai, Fatima Tak Comel” – Anak Luah Kata-Kata Mengejutkan, Fazura Terkedu | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Fatima luah kata-kata mengejutkan dalam live Fazura, buat netizen risau kesan pada keyakinan dirinya.


Tular di Threads satu perkongsian memaparkan Fazura sedang memandu kereta sambil berbual dengan anaknya.

BACA: “Saya Tak Nak Daddy, Tak Sayang Daddy Lagi” – Reaksi Spontan Anak Fazura Di Live Undang Perhatian

Difahamkan, keratan video itu diambil daripada sesi live Fazura pada Jumaat.

Luahan Fatima buat Fazura terkejut

Siapa sangka sesi santai itu bertukar menjadi momen penuh mengejutkan apabila anak Fazura iaitu Fatima berkata dirinya tidak comel dan tidak pandai.

Fatima tak pandai, Fatima tak comel.

Fazura yang jelas terkejut terus bertanya, “Dia cakap Fatima tak pandai, Fatima tak comel? Siapa cakap?” Dengan nada yakin, Fatima menjawab, “Nenda.”

Fazura pula cuba menenangkan keadaan sambil berkata, “I don’t think she says that.” Namun, Fatima tetap berpegang pada kata-katanya dengan membalas, “Yes, it’s true.”

Fatima

Situasi ini pantas mencuri perhatian netizen yang meluahkan rasa bimbang terhadap pengaruh kata-kata negatif kepada kanak-kanak.

Mereka berpendapat, pada usia seperti Fatima, setiap kata yang diucapkan orang dewasa boleh meninggalkan kesan mendalam, sekali gus menjejaskan keyakinan diri mereka di masa hadapan.

Pssttt! Kata-kata mungkin nampak kecil, tapi kesannya boleh besar pada hati anak-anak. Jaga bahasa kita, kerana setiap ayat mampu membentuk siapa mereka akan jadi nanti.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top