Pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa lega dan syukur selepas mahkamah memutuskan nafkah bulanan untuk anaknya dinaikkan, selain menetapkan yuran persekolahan ditanggung sepenuhnya oleh bekas suami.
Tak lagi bergantung pada ibu sahaja

Menerusi hantaran di Threads, Fatin atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin menegaskan bahawa hak tersebut sememangnya wujud dan bukan sesuatu yang perlu diminta, malah kini akhirnya ditunaikan selepas melalui proses panjang di mahkamah.

“Mahkamah telah putuskan, nafkah bulanan dinaikkan, yuran sekolah ditanggung sepenuhnya. No longer on the mother alone. Alhamdulillah,” ciapannya, semalam.
Menurut Fatin, perjuangan itu bukanlah sesuatu yang singkat apabila dia terpaksa berulang-alik ke mahkamah selama kira-kira tiga tahun, bermula sejak tempoh kehamilan sehingga anak bongsunya kini berusia dua tahun.
“3 tahun bukan sekejap. Dari mengandung sampai si bongsu dah 2 tahun, ulang alik mahkamah. I stayed. I fought. For my daughter,” ujarnya.
Dalam masa sama, Fatin turut mendedahkan bahawa mahkamah sendiri mengakui bekas suaminya mempunyai kemampuan untuk menunaikan tanggungjawab tersebut.
“Hari ni, mahkamah sendiri kata, dia mampu,” jelasnya.

Pada perkongsian sama, Fatin turut merakamkan penghargaan kepada suaminya Opai atau Aliff Awang yang disifatkan banyak membantu dalam menjaga anaknya tanpa mengharapkan sebarang pengiktirafan.
“Terima kasih kerana menjadi seorang ayah yang tampil ke hadapan dalam diam, melakukan apa yang perlu dilakukan… Saya akan sentiasa menghargai awak,” tambahnya lagi.
Artikel lain: “Isteri tak perlu kerja..”- Opai seronok Fatin Afeefa duduk rumah, setiap hari dilayan seperti raja
Sekadar info, Fatin dan Opai mendirikan rumah tangga pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.
Terdahulu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon, Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Ivy Herra Sophia, 10.
Sumber: Threads fatinafeefa




