Baru dua hari bergelar suami isteri, siaran langsung pasagan selebriti kegemaran ramai iaitu Fattah Amin dan Amira Othman malam tadi menjadi perhatian.
Lebih mengejutkan, pertama kali bersiaran langsung sebagai suami isteri itu mendapat lebih 50 juta tanda suka dan 200 ribu tontonan.
BACA: “Baru Kahwin..” – Fattah Amin Dedah Fatima Panggil Isteri Aunty Mira
Apa yang menjadi perhatian Fattah berkata dia dan isterinya suka bercerita mengenai agama dan menyifatkan mereka mempunyai pemikiran yang sama.
“Kami ada satu topik, ini saya suka bila kami bercerita. Kami bercakap pasal agama dan tujuan hidup. Kami punya pemikiran sama.
“Apa yang kami percaya, apa yang kami fikirkan, apa yang kami cakap, semua itu sama. Rasa seronok bila kami cakap benda yang sama,” katanya.
Dalam pada itu, Fattah turut berkata dalam hidup berumah tanggga perlu meletakkan agama dan matlamat hidup sebagai keutamaan.
“Apa-apa pun agama nombor satu. Bila nak berpasangan ini memang agama dengan hidup adalah nombor satu. Kalau dua benda ini tak synchronize (selaras), benda-benda lain tak selaras juga. Core dia kena sama,” katanya.




