Dilaporkan pelakon Fattah Amin bakal melancarkan lagu duet baharu dengan bekas isterinya, Fazura lusa ini.
Lagu yang bertajuk ‘Bertahan Demi Cinta’ itu akan dimuat naik ke semua platform digital pada 10 Oktober 2024.
Perkara ini dimaklumkan oleh sebuah label muzik dari Indonesia, Hits Records di mana lagu itu juga mendapat sentuhan dari komposer terkenal, Ippo Hafiz.
Untuk pengetahuan korang, lagu itu sudah lama dirakam semasa Fattah dan Fazura masih berstatus suami isteri.
Semua sedia tahu bahawa Fattah dan Fazura sudah bercerai talak 1 di Mahkamah Rendah Syariah semalam.





