Fattah Amin Kongsi Punca Pilih Nyanyian Sebagai Kerjaya – “Kawan Kata Suara Saya Okay”

Fattah Amin Kongsi Punca Pilih Nyanyian Sebagai Kerjaya – “Kawan Kata Suara Saya Okay”

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin mendedahkan sebab dia memilih karier nyanyian adalah berpunca daripada kata-kata pujian rakannya.

Menerusi temu bual bersama podcast Sembang Selebriti yang tular di TikTok, Fattah atau nama penuhnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 34, menjelaskan, dia menjadi penyanyi bermula daripada  sekadar hobi.

“Ia bermula daripada bilik karaoke. Saya ni bukannya belajar menyanyi daripada kecil atau ada cita-cita nak jadi penyanyi. Bukan.

“Semua ni bermula daripada hobi. Kawan-kawan lah permulaannya. Kawan kata suara saya okay, so saya pergilah jamming. Tak tahulah ni mereka nak bodek atau apa.

“Lepastu mereka minta buat lagu sendiri. Masa tu, saya macam tak percaya. Tapi masa tu saya cuba juga lah rekod satu dua lagu,” katanya.

Mengulas lanjut, Fattah tidak menyangka bermula detik itu, dia telah dilamar oleh sebuah syarikat rakaman sehinggalah terhasilnya lagu, Wanita Terakhir.

Daripada situlah ada syarikat rakaman yang datang approach dan rezeki saya merakamkan lagu berjudul, Wanita Terakhir.

“Saya rasa macam betul ke aku ni boleh menyanyi. Tapi rezeki saya lagu tersebut hit dan orang suka.

“Masa tu fokus saya bukanlah sebagai seorang penyanyi tetapi mahu lebih kepada lakonan,” jelasnya.

 

Sumber: TikTok Sinar

Scroll to Top