Fattah Amin Nafi Semua Dikatakan Fazura, Langgar Perjanjian Yang Telah Dibuat | Oh! Media

Fattah Amin Nafi Semua Dikatakan Fazura, Langgar Perjanjian Yang Telah Dibuat | Oh! Media

Selepa sah bercerai talak satu sebentar tadi, Fazura mendedahkan banyak perkara tentang Fattah Amin kepada media dengan mendakwa bekas suaminya itu gagal menjadi seorang suami yang baik.

BACA: “Fatima Tak Pernah Merasa Duit Raya Dari Fattah” – Fazura

Fattah bagaimanapun terlihat terkejut apabila mendengar soalan dari wartawan yang bercakap tentang pendedahan Fazura.

Fattah menafikan semua dakwaan dan mengatakan bekas isterinya itu telah mengeluarkan kenyataan fitnah. Fattah turut menafikan dirinya tidak berusaha untuk memujuk Fazura selepas setiap hari cuba menelefon yang tidak dianggkap Fazura dan mesej yang tidak dijawab.

Sudah ada perjanjian tidak akan mendedahkan tapi kenapa hari ni keluar semua kenyataan. Kita ada perjanjian sepatutnya masing-masing menjaga aib, takde mencemarkan nama baik masing-masing.
– Fattah.

Fazura bagi Fattah Amin kereta mewah, Range Rover? Ini apa kata Fattah…

Fattah Amin turut menjelaskan kereta mewah, Range Rover yang diberi Fazura sebelum ini sebenarnya adalah dari sayarikat Fazura di mana Fattah bekerja di syarikat itu.

Range Rover adalah dari syarikat dan saya bekerja dengan syarikat Fazura di mana gaji saya ditolak untuk kereta itu – Fattah.

Fattah juga berkata Fazura menghalangnya untuk masuk ke rumah untuk memperbaiki masalah rumah tangga mereka.


Scroll to Top