Fattah Amin Tak Sabar Sambut Syawal Dengan Anak, Dah Sedia Duit Raya Pada Fatima

Fattah Amin Tak Sabar Sambut Syawal Dengan Anak, Dah Sedia Duit Raya Pada Fatima

Pelakon popular, Fattah Amin, tidak dapat menyembunyikan keterujaannya menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini, lebih-lebih lagi kerana dapat meraikannya bersama puteri tersayang, Nur Fatima Aisya.

Menurut Fattah, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, dia sudah menyiapkan duit raya khas untuk Fatima dan tidak sabar membawa anaknya membeli-belah pakaian raya.

“Mestilah ada duit raya untuk Fatima! Saya dah tetapkan jumlahnya. Saya juga akan bawa dia ‘shopping’ baju raya,” katanya ketika ditemui di majlis iftar bersama pelakon drama Keluarga Itu, pada Rabu.

Berkongsi lanjut mengenai perancangannya, Fattah memaklumkan Fatima akan beraya bersamanya bermula hari raya ketiga dan keempat.

Dia juga bercadang untuk membawa puterinya berjalan-jalan, malah tidak menolak kemungkinan ke luar negara.

“Tahun ini, Fatima akan bersama saya pada raya ketiga dan keempat. Saya memang tak sabar nak habiskan masa dengannya. Kalau ikut perancangan, saya nak bawa dia bercuti ke tempat yang jauh sikit, mungkin luar negara.

“Tapi saya akan bincang dulu dengan Fazura. Insya-Allah, kita doakan yang terbaik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fattah turut memaklumkan bahawa dia akan beraya di kampung halamannya di Perak dan hanya bercuti selama seminggu sebelum kembali sibuk dengan kerja.

“Saya akan balik beraya di Perak tahun ini. Cuti pun tak lama, dalam seminggu saja, sebab ada kerja yang perlu saya selesaikan,” tambahnya.

Artikel Berkaitan: Syukur Dapat Bertemu Fatima, Fattah Amin Bakal Beraya Dengan Anak Pada 3 & 4 Syawal

Scroll to Top