Pelakon popular, Fattah Amin sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila meninggalkan komen yang cukup mencetuskan spekulasi di hantaran Instagram penyanyi dan pelakon, Amira Othman.
BACA: Amira Othman Mengaku Tumpang ‘Popular’ Fattah Amin
Menerusi ruangan komen, Fattah tanpa berselindung telah meninggalkan lima emoji hati berwarna biru di salah satu hantaran Amira.
Fattah Amin bagi love dekat Amira Othman
Siapa sangka, komen ringkas itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan netizen ‘panas’ dengan pelbagai teori dan spekulasi!

Menariknya, komen tersebut berjaya mengundang ribuan tanda suka dan ratusan komen balas daripada peminat yang rata-rata teruja melihat interaksi antara kedua-dua selebriti ini.
Netizen sokong Fattah Amin mendonia

Fuh, abang long makin maju. Ini yang kami mahukan. Mendonia abang Fattah sekarang!
Untuk rekod, sebelum ini nama Fattah dan Amira pernah menjadi bualan hangat apabila ramai yang mengandaikan mereka mempunyai hubungan istimewa.
Tetapi, mereka menafikan dakwaan dan menegaskan sekadar bekerjasama untuk promosi produk.
#ApaKataOhmedia
Kalau dah jodoh tak ke mana, doakan yang terbaik buat pasangan ini. Kalau serius ke peringkat seterusnya pun apa salahnya, tambahan pula masing-masing masih single dan available!




