Fauzi Nawawi, Lisdawati sertai RXZ Members, netizen puji pakaian patuh syariah

Fauzi Nawawi, Lisdawati sertai RXZ Members, netizen puji pakaian patuh syariah

Pasangan pelakon, Lisdawati dan Fauzi Nawawi menjadi perhatian ramai apabila berkongsi momen ketika menyertai perhimpunan motosikal RXZ Member 7.0 di Kuala Terengganu.

Pakaian patuh syariah

Lisdawati Pakaian patuh syariah

Menerusi hantaran di TikTok, Fauzi dan isterinya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang membantu sepanjang perjalanannya ke Terengganu bagi mengikuti himpunan berkenaan.

“Alhamdulillah, selesai sudah tugas kami di Terengganu Darul Iman dan banyakn kenangan manis pada RXZ Members 7.0 kali ini,” kata Fauzi di TikTok, semalam.

Dalam pada itu, Fauzi turut mezahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa yang terkorban akibat kemalangan jalan raya ketika menyertai program terbabit dan mengakui ajal maut adalah ketentuan tuhan.

“Salam takziah dan Al-Fatiha kepada keluarga mangsa yang terkorban. Sesungguhnya hidup dan mati kita adalah ketentuan Allah,” jelasnya.

Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi warganet dan rata-rata memuji cara pemakaian Lisdawati yang sangat menutup aurat biarpun menyertai program yang panas di bawah terik matahari.

Malah ada juga wargamaya berpendapat aktres itu wajar diangkat sebagai ikon pemotoran wanita dengan penampilannnya yang patuh syariah dan begitu merendah diri apabila bersama peminat.

Penampilan rider muslimah

Memang peramah

Tak perlu seksi terdedah bagai

Artis kesayangan RXZ

Artikel lain: Nak gambar tutup aurat, Lisdawati & suami bersanding kali kedua

Setakat artikel ini ditulis, video terbabit telah menerima lebih 478,000 tontonan dan meraih lebih 34,000 tanda suka.

Sumber: TikTok Fauzi Nawawi

Scroll to Top