Oh! Artis
Fazley Yaakob dedah detik mula luah sayang pada Vida ketika hari besar dalam kalendar Islam baru-baru ini.
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob akhirnya berkongsi cerita sebenar di sebalik hubungan rapatnya dengan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida.
Menurut Fazley, dia sendiri yang terlebih dahulu meluahkan rasa sayang kepada Vida pada satu hari yang cukup bermakna dalam kalendar Islam baru-baru ini.
Fazley Yaakob luah rasa sayang

Fazley berkata, Vida pada mulanya sangat terkejut apabila dia menyatakan hasrat dan hala tuju hubungan mereka.
Katanya, sebagai lelaki, dia merasakan dirinya perlu memulakan langkah terlebih dahulu dan menyampaikan perasaan itu secara jujur.
Hari yang saya luahkan itu merupakan hari yang sangat besar, bersejarah dalam kalendar Islam dan saya pilih pun bersebab.- Katanya.
Vida terkejut sampai terdiam

Fazley turut mendedahkan, momen itu berlaku ketika mereka berdua berada di ruang tamu dalam suasana hujan. Dia mengakui berasa gementar menunggu jawapan Vida kerana bimbang usahawan itu tidak mempunyai perasaan yang sama.
Namun, jawapan yang diterima membuatkan Fazley lega dan menganggap keikhlasan itulah yang membawa hubungan mereka sampai ke tahap hari ini.
Dalam masa sama, Fazley menjelaskan panggilan sayang terhadap Vida bukan dibuat semata-mata untuk kandungan media sosial. Sebaliknya, panggilan itu hadir daripada hati dan bukan sesuatu yang dibuat-buat untuk perhatian ramai.
Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman pula mengakui dia sangat terkejut apabila Fazley meluahkan rasa cinta kepadanya. Bila ditanya mengenai layanan Fazley, Vida menyifatkan bekas juara MasterChef Selebriti Malaysia itu sebagai seorang lelaki yang sangat budiman.
Pssttt! Dalam soal hati ni, kadang-kadang yang nampak mengejutkan itulah yang paling jujur. Apa pun, kalau benar Fazley Yaakob Vida sedang menuju ke arah yang lebih serius, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka.
Kredit: Hib Glam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




