Fazura akui banyak habiskan masa di rumah & pejabat sahaja Ramadan ini

Fazura akui banyak habiskan masa di rumah & pejabat sahaja Ramadan ini

Pelakon popular, Nur Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura binti Sharifuddin, 37 bukanlah nama asing dalam dunia hiburan.

Baru sahaja selesai menjalankan tugas sebagai juri di pentas Muzikal Lawak Superstar 2, Fazura dilihat kurang memuat naik gambar aktiviti hariannya di media sosial sejak awal Ramadan ini.

Dalam perkongsian terbarunya di Instagram, Fazura telah memuat naik gambar terkini dirinya yang memakai hijab bagi menghormati bulan Ramadan seperti yang dilakukan saban tahun.

Dalam kapsyen yang ditinggalkan, Fazura sempat menyapa peminatnya dengan bertanyakan perihal bagaimana puasa yang sudah memasuki hari ke-9 ini.

Dia juga memaklumkan bahawa banyak menghabiskan masa di rumah dan pejabat sahaja sepanjang Ramadan dan tidak kemana-mana.

“Seminggu dah Faz tak post rasanya hehe tapi lately memang dah semakin jarang sekali faz post gambar. Amacam puasa so far, ok tak? Faz banyak di rumah dan office saja sepanjang ramadhan ni, ” tulisnya

Selain itu, isteri kepada aktor kacak, Fattah Amin ini  juga sempat menitipkan doa supaya kita semua diberi kesihatan yang baik dan dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang serta segala amal ibadah diterima oleh Allah S.W.T

Sehubungan dengan itu, rata-rata peminatnya telah meninggalkan komen dengan memuji penampilan Fazura yang cantik bertudung.

Mereka juga sempat mendoakan agar urusan pelakon itu sekeluarga di permudahkan dan mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa.

Sumber: Nur Fazura

Scroll to Top