Fazura Cadang Peminat Normalisasi Minta Izin Sebelum Ambil Gambar – “Kalau Macam Ni, Bukan Setakat Foto, Video Pun Boleh Dik….”

Fazura Cadang Peminat Normalisasi Minta Izin Sebelum Ambil Gambar – “Kalau Macam Ni, Bukan Setakat Foto, Video Pun Boleh Dik….”

Pelakon dan usahawan Nur Fazura berkongsi bahawa adalah lebih baik sekiranya peminat di luar sana menormalisasikan sikap meminta izin sebelum merakamkan gambar.

Kata Fazura, dia terbuka hati mengenai tindakan tersebut disebabkan perkongsian dari bintang popular Hollywood, Lindsay Lohan baru-baru ini.

Jelasnya, tindakan meminta izin atau kebenaran sebelum merakamkan foto atau video adalah salah satu tahap penghormatan.

“Lindsay Lohan lives in Dubai and she says it’s not legal to randomly snap photos of someone.

“Anda benar-benar perlu meminta kebenaran daripada orang itu yang saya fikir adalah satu lagi tahap penghormatan dan privasi.

“We don’t practice that here tapi kan.. lagi best kalau mulakan approach dengan adab, like ‘Assalamualaikum kak, boleh tak nak bergambar?”.

“Kalau macam ni… jangan katakan gambar, kakak snap video pun nak dik,” katanya.

Perkara itu dikongsi Fazura menerusi hantaran di platform Threads miliknya baru-baru ini.

Bersetuju dengan kenyataan yang diberikan, rata-rata peminat meninggalkan pelbagai respons terhadap kenyataan tersebut.

Sekaligus, memuji sikap pelantun lagu Luar Biasa itu yang disifatkan sangat ramah dan baik hati setiap kali melayan peminatnya.

Scroll to Top