Fazura Kekal Tenang Walaupun Terima Kecaman, Mengaku Bahagia Selepas Bercerai | Oh! Media

Fazura Kekal Tenang Walaupun Terima Kecaman, Mengaku Bahagia Selepas Bercerai | Oh! Media

Pelakon Fazura kini mengaku lebih bahagia dan tenang apabila menjalani kehidupan baharu selepas bercerai.

Perkara itu dikongsi oleh pelakon tersebut selepas selesai urusan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.

Kehidupan sekarang sejujurnya saya tenang dan lebih bahagia. Bukan nak riak ke apa, tapi ini sejujurnya yang saya rasa sekarang.

Fazura abaikan kecaman dari masyarakat

Fazura

Selain itu, Fazura juga tidak ambil peduli tentang kecaman yang dilontarkan netizen kepadanya. 

Tidak mengapa, saya tenang sahaja. Terserah kepada Allah apa orang nak kata, itu urusan mereka. Urusan saya, hanya saya dengan Allah.

#OhmediaNasihat

Apa yang terjadi antara Fazura dan Fattah Amin juga pernah berlaku pada orang lain. Berhenti mengecam dan doakan yang baik-baik untuk mereka berdua.


Scroll to Top