Selebriti popular, Fazura, 40, telah memohon untuk berpisah secara baik dengan suaminya, Fattah Amin, selepas 7 tahun bersama.
Menurut Utusan Online, Fazura (Nur Fazura Sharifuddin) membuat permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Jumaat lepas. Difahamkan, permohonan itu dibuat di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, iaitu bercerai secara baik.
Tarikh sebutan permohonan cerai masih belum dimaklumkan…
Setakat ini, tarikh untuk sebutan kes masih belum ditentukan. Tidak jelas juga sama ada Fattah Amin sudah melantik peguam syarie untuk mengendalikan kes ini.
Peguam Fazura juga belum boleh memberikan komen kerana kini berada di luar negara.
Ramai yang terkejut dengan berita ini, terutama kerana rumah tangga pasangan ini sebelum ini kelihatan bebas dari gosip.
Ada pula spekulasi tentang kewujudan pihak ketiga dalam hubungan mereka, namun semuanya masih belum disahkan.



