Pelakon, Fazura telah menafikan bahawa dirinya ada mengeluarkan kenyataan rasmi tentang permohonan cerai yang dibuat terhadap suaminya, Fattah Amin.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh pengurusnya, Iman Tang yang minta agar semua pihak berhenti membuat sebarang spekulasi mengenai rumah tangga Fazura dan Fattah Amin.

Pihak pengurusan, peguam dan Fazura sendiri mengesahkan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Fazura sejak tular kisah permohonan perceraian.
Permohonan difailkan adalah satu permohonan cerai dengan kebenaran mahkamah sebagaimana kehendak undang-udang.
Kesimpulannya, benda tidak pasti jangan dikongsi. Pihak Fazura tidak pernah mengeluarkan ‘details’ permohonan cerai yang tular minggu lepas.





