Fazura Puji Que Haidar Lelaki ‘Green Flag’ – “Dia Beradab, Tak Suka Menunjuk & Ada Kualiti Yang Saya Suka”

Fazura Puji Que Haidar Lelaki ‘Green Flag’ – “Dia Beradab, Tak Suka Menunjuk & Ada Kualiti Yang Saya Suka”

Selebriti popular, Nur Fazura memuji sikap dan personaliti aktor, Que Haidar yang disifatkannya sebagai lelaki yang memiliki ciri-ciri ‘Green Flag’ terutamanya dari segi adab dan sikap yang merendah diri.

Kata Faz menerusi perkongsian di TikTok, Que merupakan individu yang gemar berfikir terlebih dahulu sebelum berbicara dan hanya menyampaikan perkara yang penting sahaja.

“He will think dan susun ayat dia dan dia akan cakap benda yang penting sahaja. His words very intelectual.

“Macam saya seorang yang banyak cakap, dan dia akan kata ‘Oh, saya baru tahu pasal awak ni..’ saya memang very talkative dan dia very shy although his very introverted.

“Tapi apa yang saya boleh nampak adalah adab dia ada. Walaupun dia pemalu, tak banyak cakap tapi dia dengar dan akan letak telefon dia dekat tepi dan akan join the conversation,” katanya.

Tambahnya, Que juga dilihat berusaha menyesuaikan diri dalam kelompok rakan-rakannya dan elemen itu adalah antara yang disukainya.

“Kadang-kadang dia akan buat lawak dan try nak fit in dengan kawan-kawan saya. He tries.

“Dan itu adalah kualiti kerana dalam Islam adab sangatlah penting. Jadi mereka yang aham agama ni, mereka akan faham soal adab dan banyak lagi. Jadi, dari segi itu saya suka,” jelasnya.

Dalam masa sama, Fazura turut menyenangi sikap Que yang tidak gemar menunjuk-nunjuk dalam soal ibadah sekali gus menyifatkan aktor itu sebagai seorang lelaki yang memiliki sikap ‘Green Flag’.

“Dan ibadah dia juga dia tak tunjuk yang mana saya sangat suka itu. That one is also a green flag. So, benda tu tak perlu di uar-uarkan. Dan dalam zaman yang kita nak tunjuk semua benda ni it’s very rare for someone yang tak suka menunjuk.

“Saya juga percaya dari segi ibadah, sedekah ke, solat ke atau apa-apa sahaja yang kita buat sebolehnya kita sorok. Yang penting niat kita kepada Allah.

“Apapun, Que ada kualiti dan elemen yang saya suka,” ujarnya.

Scroll to Top