Fazura Respons Individu Wanita Kongsi Terima Duit Raya Daripada Suami Selepas 23 Tahun Kahwin – “RM5 Pun Gembira Kan, Apatah Lagi…”

Fazura Respons Individu Wanita Kongsi Terima Duit Raya Daripada Suami Selepas 23 Tahun Kahwin – “RM5 Pun Gembira Kan, Apatah Lagi…”

Perkongsian seorang wanita yang akhirnya menerima duit raya daripada suami selepas 23 tahun berkahwin mengundang perhatian ramai, termasuk pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura.

Menerusi perkongsian di platform Threads, wanita tersebut yang juga peminat aktres filem Pisau Cukur itu mendedahkan sepanjang lebih dua dekad melayari alam rumah tangga, dia tidak pernah menerima duit raya daripada suaminya.

Namun tahun ini ternyata berbeza apabila suaminya membuat kejutan dengan memberi duit raya buat kali pertama.

“Dia tahu isteri dia peminat Fazura. 23 tahun kahwin tak pernah bagi duit raya, tahun ini dapat. Terima kasih, semoga dilimpahkan rezeki yang banyak buat suamiku,” katanya.

Hantaran itu bukan sahaja menyentuh hati netizen, malah turut menarik perhatian Fazura sendiri yang tumpang gembira dengan momen tersebut.

“Yay, RM5 pun gembira kan? Apatah lagi… Berbahagia selalu kalian,” balasnya ringkas.

Terdahulu, Fazura pernah mendedahkan dia sendiri tidak pernah menerima duit raya daripada bekas suaminya, Fattah Amin sepanjang tujuh tahun perkahwinan mereka.

Malah, menurutnya, anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya juga tidak pernah menerima duit raya daripada aktor berkenaan.

Scroll to Top