Oh! Artis
Fazura beri teguran pedas isu penyondol dan fitnah rumah tangga, minta semua muhasabah diri.
Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura sekali lagi tampil menyuarakan pendiriannya apabila melihat isu fitnah rumah tangga makin menjadi-jadi di media sosial. Dalam nada tegas, dia mempertahankan seorang wanita yang difitnah dan memberi peringatan keras kepada individu yang suka menganiaya hidup orang lain.
Kenyataan berani itu dikongsikan sendiri oleh Fazura di Threads, sambil menegaskan bahawa meruntuhkan rumah tangga orang hingga membawa kepada perceraian adalah satu perbuatan yang lebih berat dan tak patut dianggap enteng.
Tegas fitnah dan runtuhkan rumah tangga bukan perkara kecil

Fazura membidas tindakan individu yang gemar melemparkan fitnah, terutama terhadap wanita yang sedang menghadapi ujian hidup.
Biarkan penyondol cap kancil fitnah kita macam-macam. Beringatlah, meruntuhkan rumah tangga orang sehingga bercerai itu lebih dahsyat. Bawa bermuhasabah diri dari sentiasa menganiaya dan mencari-cari salah orang lain, pesanan untuk diri kita juga ya sahabat ku.- Katanya.
Fazura tak sekadar menegur, malah turut memberikan sokongan moral kepada wanita tersebut agar terus kuat dan reda. Katanya, walaupun kebaikan kita tidak dikenang, masih ramai yang sayang dan hargai kehadiran kita dalam hidup mereka.
Dedah pernah dikecam hingga libatkan keluarga

Sebelum ini, Fazura juga pernah mengalami situasi yang sama apabila dirinya dan keluarga menerima kecaman melampau. Kecaman tersebut bukan hanya ditujukan kepadanya, tetapi turut menyeret arwah bapanya dan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.
Walaupun diserang bertubi-tubi, Fazura memilih untuk kekal tenang dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT. Dia percaya setiap perbuatan buruk pasti akan ada balasannya dan tidak mahu membalas kebencian dengan kebencian.
Pssttt! Ohmedia suka tengok Fazura kekal classy walaupun dikecam. Kadang-kadang dalam hidup ni, sabar dan doa je jadi benteng paling kuat. Jangan mudah melatah, korang.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




