Fazura Trauma Bekerja Dengan Individu ‘Talam Dua Muka’ – “Luaran Seperti Pijak Semut Tak Mati Tapi Sebenarnya…”

Fazura Trauma Bekerja Dengan Individu ‘Talam Dua Muka’ – “Luaran Seperti Pijak Semut Tak Mati Tapi Sebenarnya…”

Pelakon jelita, Nur Fazura mencuri tumpuan apabila mengakui dirinya sudah trauma untuk bekerja bersama golongan individu yang digambarkan sebagai talam dua muka.

Menerusi suntingan video siaran langsung tular di TikTok, Fazura atau pemilik nama penuh, Nur Fazura Sharifuddin, 42, menjelaskan pengalaman lalu membuatkannya kini menjadi seorang yang lebih berhati-hati terutamanya dalam pergaulan.

“Saya dah trauma dengan manusia yang luarannya nampak ‘pijak semut tak mati’ (lembut) tetapi sebenarnya…,” katanya.

Sebaliknya, aktres filem popular Manisnya Cinta Di Cappadocia ini menjelaskan dia hanya mahu bekerja dengan individu yang baik serta tidak seperti dalam tua muka.

“Saya nak bekerja dengan orang yang baik, luar dan dalam baik. Bukan luarannya saja nampak baik tapi hati sangat jahat,” katanya lagi.

@fariza_zairul

#farizazairul #fyp #viral #artismalaysia #fazura

♬ original sound – Fariza Zairul – Fariza Zairul

Scroll to Top