Pelakon yang juga penyampai radio, Fazziq Muqris akhirnya selamat menamatkan zaman bujangnya dengan hanya sekali lafaz bersama wanita pilihan yang juga seorang model, Sharifah Areeqa Syed Hassan Almashoor pada Sabtu.
Menerusi perkongsian di Instagram sebuah stesen radio, Fazziq atau nama lengkapnya Muhammad Fazziq Muqris Mohd Shariff, 25 kelihatan tenang sebelum acara diadakan.
Mengenakan busana baju Melayu berona putih, upacara nikah tersebut turut disempurnakan sendiri oleh bapa kandung pengantin perempuan.
Difahamkan, pelakon drama popular, Kahar: Kapla High Council itu telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300.
Majlis yang diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga kedua mempelai termasuk rakan-rakan terdekat itu berlangsung dengan cukup meriah dan penuh intimate.




