Fedtri Yahya Tegur Individu Dakwa Tuan Rumah Pemalas Guna Pinggan Pakai Buang

Fedtri Yahya Tegur Individu Dakwa Tuan Rumah Pemalas Guna Pinggan Pakai Buang

Personaliti televisyen, Fedtri Yahya memberikan teguran kepada para tetamu yang datang ke menziarahi di hari raya ini agar menjaga adab serta turut kata.

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna memuat naik semula luahan seorang tetamu yang kurang senang dengan tuan rumah yang menghidangkan makanan menggunakan pinggan pakai buang.

BACA: Fedtri Yahya Kemalangan, Selamat Jalani Pembedahan

Malah, individu tersebut turut melabel tuan rumah terbabit sebagai seorang yang pemalas dan berpendapat penggunaan peralatan pakai buang itu tidak sesuai.

Hantaran berkenaan mendapat perhatian Fedtri yang menitipkan pesanan secara terbuka ketika berkunjung ke rumah orang di musim perayaan ini.


Scroll to Top