Hari Raya memang waktu paling best untuk ziarah-menziarahi, tapi dalam keterujaan tu, adab sebagai tetamu janganlah dilupakan. Baru-baru ni, nama Fedtri Yahya jadi perhatian bila tampil beri teguran terbuka kepada orang ramai.
Isu ni mula tular bila seorang individu meluahkan rasa tak puas hati selepas pergi beraya dan dihidangkan makanan menggunakan pinggan pakai buang. Luahan tu bukan saja mencetuskan perdebatan, tapi turut mengundang pelbagai reaksi netizen.
Isu pinggan pakai buang cetus kontroversi

Dalam perkongsian yang tular, individu tersebut secara terbuka melabel tuan rumah sebagai pemalas hanya kerana menggunakan pinggan pakai buang untuk hidangan raya. Malah, dia turut menyatakan rasa tidak selesa dengan situasi tersebut.
Jenis pemalas memang akan guna cawan pinggan pakai buang. Aku kalau pergi beraya dapat macam ini, memang aku tak makan.
Ingat aku kucing ke? Kucing pun makan atas pinggan kaca.- Tulis individu berkenaan.
Fedtri Yahya tampil beri teguran

Melihat kepada situasi ini, Fedtri Yahya atau nama penuhnya Ahmad Fedtri Yahya tampil memberikan nasihat supaya orang ramai menjaga adab ketika menjadi tetamu.
Datang sebagai tetamu, buatlah cara tetamu. Jangan diturut api emosi. Bawalah mahabbah bukan musibah.
Diundang itu tanda ingatan, jangan dibawa biasan syaitan. Ziarah tercipta sekali-sekala. Jangan yang tinggal serpihan bala.- Katanya.
Bukan kali pertama Fedtri bersuara

Sebenarnya, ini bukan kali pertama Fedtri menegur sikap masyarakat. Sebelum ini, beliau juga pernah menasihatkan orang ramai supaya tidak memandang sinis terhadap individu yang memilih untuk berbuka puasa di masjid.
Menurutnya, amalan tersebut bukan menunjukkan seseorang itu tidak berkemampuan, tetapi lebih kepada usaha mengimarahkan rumah Allah dan mencari keberkatan.
Pssttt! Kalau kita dijemput ke rumah orang, hargailah usaha tuan rumah tak kira macam mana cara mereka hidang. Kadang-kadang benda kecil macam pinggan pun boleh jadi isu besar kalau kita tak jaga adab. Raya ni kan tentang silaturahim, jadi bawalah hati yang baik, bukan emosi yang tak perlu, korang.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




