‘Feeling’ macho beri nasihat cinta, remaja lelaki dikritik guna ayat sukar difahami

‘Feeling’ macho beri nasihat cinta, remaja lelaki dikritik guna ayat sukar difahami

Buka saja media sosial, sudah pasti golongan remaja kerap mendominasi medium tersebut. Mereka lebih suka meluah perasaan di ruangan berkenaan kerana ramai yang senasib dengan mereka terutamanya berkenaan hubungan percintaan.

Tolak tepi sekejap isu-isu ‘berat’ masyarakat, masalah yang dialami remaja yang baru mengenal cinta tak kurang hebatnya.

Jadi, sebagai ‘hero gadis-gadis’, pesanan dan nasihat daripada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @abangeshalsingle4783 telah tular di media sosial terutamanya di Twitter.

Apa yang membuatkan ramai pening kepala adalah mesej yang  diberikan kepada lelaki dan perempuan berhubung mengapa wanita suka melabel seorang lelaki sebagai ‘buaya’.

 

Namun apa yang ingin disampaikan sukar untuk faham sehingga ada yang bertanya tentang persamaan apa yang ingin diperkatakan sebenarnya.

Akhirnya, pemilik akaun Twitter dikenali sebagai @nurdayana_arif dapat juga memahami maksud disebalik kata-kata ‘falsafah’ dikeluarkan remaja lelaki tersebut.

‘Kerungsingan’ yang dihadapai oleh @nurdayana_arif itu rupanya tidak berlaku pada dirinya sahaja. Ramai yang telah meninggalkan komen diruangan Twitternya dengan merasai hal sama.

Mereka akui tidak memahami apa yang ingin disampaikan memandangkan video ‘nasihat’ tersebut tidak bergitu smooth dan terdengar sangat aneh.

Walau bagaimanapun video berkenaan telah ditonton lebih daripada setengah juta di Twitter kerana ramai yang ingin memahami apa sebenarnya diperkatakan remaja tersebut.

Tak kurang juga yang berasa terhibur dengan kerenah anak muda masa kini yang gigih membuat ayat-ayat berbunga untuk memberi nasihat berkenaan alam percintaan di media sosial.

Sumber: Twitter: @nurdayana_arif

Scroll to Top