hafizithnin@mediaprima.com.my
HABIB, jenama barangan kemas terulung mengadakan kempen Festa d’Oro, bagi meraikan koleksi ikonik Oro Italia 916 bermula 22 Mei lalu hingga 29 Jun ini di semua bilik pameran HABIB di seluruh negara.
Kempen berskala nasional itu mengangkat makna sebenar keanggunan dan menjemput pencinta barangan kemas untuk meneroka dunia yang menggabungkan kehalusan seni hasil tangan Itali dengan keunikan budaya serta jiwa Malaysia.
Koleksi Oro Italia 916 mempamerkan pesona emas 916 yang digemari ramai dan diutuhkan lagi bersama keunggulan pertukangan emas Itali, melahirkan rekaan yang anggun, moden dan memikat pandangan ramai.
Dihasilkan secara eksklusif di Itali untuk HABIB, setiap rekaan adalah lambang kemahiran dan kehalusan seni dalam menyerlahkan kilauan setanding berlian, perincian halus serta sentuhan kontemporari.
Selain direka khas untuk memenuhi cita rasa dan gaya hidup rakyat Malaysia masa kini.
Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Datuk Sri Meer Habib, Festa d’Oro bukan sekadar kempen, tapi ia adalah satu perayaan keharmonian budaya menerusi rekaan.
“Kami bukan saja berbangga untuk mengetengahkan koleksi yang bukan sahaja mencerminkan kemahiran turun-temurun pertukangan emas Itali, tetapi juga meraikan minat rakyat Malaysia terhadap warisan, penceritaan dan keunikan tersendiri.
“Kempen tahun ini turut memperkenalkan rekaan baharu daripada koleksi ikonik seperti Cavo, Sicilia Bassano dan Stella serta kemunculan koleksi baharu yang dinanti-nantikan seperti Granita, Milli dan Emma.
“Semuanya direka dengan penuh ketelitian terhadap perincian, keselesaan pemakaian dan gaya semasa,” katanya.
Menggabungkan teknik tradisional dan elemen moden, Oro Italia 916 mencerminkan keindahan, inovasi dan sentuhan seni yang merentasi budaya.
“Ia bukan sekadar barangan kemas tapi menjadi jambatan antara tradisi dan kemodenan, antara Itali dan Malaysia.
Layari laman web rasmi https://www.habibjewels.com dan ikuti HABIB di media sosial rasmi Instagram dan TikTok (@habibjewelsoficial) serta Facebook dan LinkedIn (@HABIB) untuk maklumat lanjut.
© New Straits Times Press (M) Bhd




