Festival Havoc Kedah Target 500 Ribu Pengunjung! 160 Vendor Viral Menanti Korang

Festival Havoc Kedah Target 500 Ribu Pengunjung! 160 Vendor Viral Menanti Korang

Havoc Food Festival dah sinonim dengan acara paling meriah setiap tahun. Kalau korang pernah pergi sebelum ni, korang tahu vibe dia macam mana – penuh warna-warni, bau makanan wangi menusuk hidung, artis sana-sini, dan suasana yang memang buat korang rasa wow. Tahun 2025 ni, penganjur janji nak buat lagi besar, lagi gempak, lagi HAVOC!

Selepas Perak, Penang, dan Perlis, kini havoc Food Festival ke Sungai Petani, Kedah pula. Bermula 14 hingga 17 Ogos 2025 (Khamis – Ahad) di Amanjaya Mall, festival ni akan jadi tumpuan utama foodies, pencinta hiburan, dan sesiapa saja yang suka lepak sambil menikmati pengalaman makan luar biasa.

Kalau korang nak tahu kenapa acara ni tak boleh miss, ini 5 sebab kenapa wajib datang!

Target 350,000 Pengunjung – Meriah Tak Ingat Dunia!

CEO Havoc Food Festival, Faizul Mohd Yusof ketika dihubungi Rotikaya berkata mereka targetkan 500 ribu pengunjung dalam masa 4 hari. Wow!

Korang bayangkan suasana kiri kanan penuh orang, semua tengah enjoy makanan, gelak tawa, dan ambil gambar. Energy crowd macam ni memang tak boleh dapat dekat tempat lain! Sumpah tak sabar nak pergi!

35 Artis & Influencer Turun Padang – Boleh Selfie Sampai Penuh Storage

Ehem…nak jumpa selebriti kegemaran depan mata? Inilah masanya! Lebih 35 artis dan influencer popular akan turun padang. Antaranya Ojen Aiwah, Shuk Sahar, Chef Ammar, Azza Elite, Qistina Raisah (famous dengan popiahnya yang meletop), dan ramai lagi.

Dari penyanyi, pelakon, chef selebriti, sampai personaliti media sosial, korang boleh ambil gambar, borak, dan mungkin dapat content TikTok yang viral!

160 Vendor – Dari Makanan Tradisi Sampai Street Food Viral

Nak makan pelbagai jenis makanan viral? Semua ada! Dengan 160 vendor makanan dan minuman berkumpul di satu tempat, korang boleh buat ‘food hunting’ dari siang sampai malam.

Psstt…Rotikaya pun ada buka booth tau. Korang kena rasa roti kami yang sedap sampai teringat-ringat ni tau. Cuba sekali pasti nak lagi!

Tip: Jangan lupa bawa powerbank sebab confirm korang akan ambil banyak gambar makanan untuk share di IG & TikTok.

Acara Paling Viral – Tahun Ni Confirm Lagi Panas

Havoc Food Festival yang ditaja Perfume Paradise ini memang terkenal setiap kali dianjurkan. Video penuh crowd, makanan yang sedap belaka, artis buat persembahan, semuanya jadi bahan viral. Kalau korang tak datang, memang rugi sebab confirm FYP korang nanti penuh dengan moment yang korang terlepas.

Waktu Operasi Panjang – Lepak Dari Pagi Sampai Tengah Malam

Tak perlu risau nak kejar masa sebab festival ni buka dari 11 pagi hingga 12 tengah malam. Nak datang lepak lepas kerja, bawak family makan malam, atau datang awal pagi untuk sarapan pun boleh.

Lokasi: Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah
Tarikh: 14 – 17 Ogos 2025 (Khamis – Ahad)
Masa: 11 pagi – 12 tengah malam

Kesimpulannya…Kalau korang duduk Kedah, Perlis, Penang, atau mana-mana kawasan utara, inilah event yang patut korang tandakan dalam kalendar. Satu festival, ratusan pilihan makanan, hiburan tanpa henti, dan peluang jumpa artis. Tahun ni, Havoc Food Festival akan jadi yang paling legend!

Jangan tunggu last minute, jom ajak geng, set tarikh, dan jom HAVOC bersama!


Scroll to Top