Festival Supalapa bakal gegar Malaysia, bawakan 40 artis antarabangsa dan tempatan

Festival Supalapa bakal gegar Malaysia, bawakan 40 artis antarabangsa dan tempatan

Festival Supalapa bakal gegar Malaysia dengan membawakan 40 artis antarabangsa dan tempatan yang akan berlangsung pada 2 dan 3 Mac ini di Resorts World Awana, Genting Highlands.

Antara bintang antarabangsa yang bakal menjayakan festival itu nanti adalah Tiësto, The Kid Laroi, EAJ, Somi, XG, Ali Gatie, Armani White, Tones and I dan ramai lagi.

Festival Supalapa turut membawakan artis tempatan Yuna, Siaxse, Kidd Santhe, Talitha, Cluadia, Belle Sisoski, Jovynn, Coex, Forceparkbois & DJ Ziqq Axel Groovejuga bagi menghiburkan para pengunjung.

Antara artis pada Festival Supalapa bakal gegar Malaysia

Festival Supalapa bakal gegar Malaysia

Lebih menarik apabila festival itu akan menggunakan pembayaran secara sistem RFID yang membolehkan pengunjung menikmati hiburan selain muzik seperti Wrestling Ring, Bali Swing, Carnival Games dan Silent Cinema.

Menurut Pengurus Maestro Production And Prodigy 1 Nation, Parthiban Murugaiya, penganjuran sulung itu bakal menjadi penanda aras pesta hiburan di Malaysia yang akan dinanti-nantikan setiap tahun.

Festival Supalapa bakal gegar Malaysia

“Kami berharap penganjuran pertama Festival Supalapa akan menjadi acara tahunan yang ditunggu-tunggu kerana pengunjung telah menemukan semua jenis hiburan bukan sekadar muzik di dalam satu festival.
“Apa yang penting juga adalah Festival Supalapa mampu membantu melonjakkan nama Malaysia dalam kalangan pelancong dari luar negara kerana di sini mereka akan menemukan sebuah hub hiburan setaraf penganjuran antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Festival Supalapa bakal gegar Malaysia

Parthiban berkata, dengan menghimpunkan 40 bintang atau karyawan seni dalam satu festival, ia akan menjadi tempat berkongsi pentas dan juga pengalaman bagi artis-artis ini.

Sementara itu, Pengarah Festival Supalapa, Addam Al Maleq berkata festival tersebut bakal menjadi sebuah festival muzik yang tidak pernah dilangsungkan sebelum ini.

Artikel lain: Noh Salleh mohon maaf kepada Athira, tak tahu perjanjian dilarang kongsi wajah Musa

“Supalapa akan menjadi festival muzik yang tidak pernah dilangsungkan sebelum ini, pengalaman muzik yang menyeronokkan dan menarik di Resorts World Awana,” katanya.

Festival Supalapa bakal gegar Malaysia!

Festival Supalapa bakal gegar Malaysia

Prodigy 1Nation bersama rakan kongsi, Maestro Productions telah melaksanakan pelbagai konsert yang berjaya di seluruh dunia dan Festival Supalapa merupakan festival muzik pertama mereka di negara ini.

Untuk pembelian tiket, orang ramai boleh melayari supalapa.com. Jangan terlepas temu janji untuk hadir ke Festival Supalapa pada 2 dan 3 Mac nanti!