FIFPRO Kecam Tindakan FIFA, 7 Pemain Warisan Harimau Malaya Hanya Jadi Mangsa, Tidak Memalsukan Dokumen | Oh! Arena – Oh! Media

FIFPRO Kecam Tindakan FIFA, 7 Pemain Warisan Harimau Malaya Hanya Jadi Mangsa, Tidak Memalsukan Dokumen | Oh! Arena – Oh! Media

Oh! Arena

FIFPRO kecam hukuman FIFA terhadap tujuh pemain warisan Harimau Malaya, dakwa mereka jadi mangsa kesilapan FAM.


Isu penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya selama 12 bulan sejak September lalu terus menjadi perhatian apabila Persekutuan Antarabangsa Pemain Bola Sepak Profesional (FIFPRO) tampil mengecam tindakan FIFA yang dianggap terlalu keras dan tidak adil.

Menurut laporan Kosmo, kesemua pemain terbabit bukan penjenayah atau pemalsu dokumen seperti yang dibayangkan, sebaliknya mereka hanyalah ‘mangsa keadaan’ akibat kesilapan yang berlaku dalam proses pengesahan dokumen oleh pihak FAM menerusi satu kenyataan rasmi.

“Dokumen yang mereka serahkan adalah tulen” – FIFPRO

Fifpro

FIFPRO menegaskan FIFA sendiri mengakui pemain tidak memalsukan apa-apa dokumen dan segala dokumen yang diserahkan adalah tulen.

Sudah jelas semua pemain ini sebenarnya ‘mangsa’ dalam hal ini. Keputusan (FIFA) sendiri mengesahkan bahawa mereka tidak memalsukan sebarang dokumen… dokumen yang mereka serahkan adalah tulen.

FIFPRO turut menjelaskan bahawa para pemain tiada akses untuk melakukan pengesahan kelayakan terus dengan FIFA. Mereka hanya bergantung kepada proses yang dikendalikan FAM.

Sangat membimbangkan apabila mereka disalahkan atas dokumen yang dihantar oleh FAM… serta kewajipan yang kelihatan seperti memerlukan mereka mengesahkan dokumen yang bukan mereka keluarkan.

Semua prosedur dilalui, tapi tetap dihukum?

Fifa

Menurut FIFPRO, pemain telah mengikut semua prosedur rasmi kerajaan:

  • Menghantar dokumen peribadi
  • Hadir di hadapan pihak berkuasa
  • Menjalani angkat sumpah
  • Menerima pasport Malaysia
  • Menunggu kelayakan daripada FAM

Namun akhirnya, mereka pula yang menanggung akibat sehingga digantung dan berdepan risiko kerjaya bola sepak terjejas.

Semua langkah ini dikendalikan oleh institusi luar kawalan mereka, namun kini mereka berdepan penggantungan… semuanya bukan salah mereka.

FIFPRO yakin Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) akan membatalkan keputusan tersebut.

Pssttt! Kadang-kadang, yang berada di padang bukan satu-satunya yang bertarung, kerjaya pemain juga boleh terkorban akibat kesilapan birokrasi. Keadilan mesti ditegakkan, walau siapa pun yang bersalah.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top