“Betul, dia adalah partner saya,” demikian respons pelakon, Fify Azmi yang mengesahkan dirinya sedang menjalinkan hubungan cinta bersama aktor, Niezam Zaidi.
Ia ekoran tular sebuah video yang dikongsikan oleh Fify memaparkan aksi mesra mereka.
Memetik laporan Harian Metro, Fify memohon doa orang ramai agar kisah cinta mereka akan berkekalan.
“Doakan yang baik-baik dan semoga dipermudahkan ke fasa yang seterusnya. Insya-Allah,” katanya.
Bagaimanapun, Fify enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut kerana sedang sibuk di set penggambaran.

Sekadar info, Fify pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Nafiez Zaidi namun hubungan mereka berakhir.
Sementara itu, Niezam pula pernah menjalinkan hubungan cinta bersama penyanyi dan pelakon sensasi, Nonny Nadirah sekitar Jun 2020, namun mengambil keputusan untuk berpisah.
Dalam pada itu, Niezam kini membintangi filem komedi seram Pontianak 200 KG arahan Shuhaimi Lua yang telah mula tayangankan pada 5 September lalu di seluruh pawagam Malaysia dan Brunei.
Filem hasil kerjasama menyeluruh antara Primeworks Studios (PWS) dan Metrowealth International Group (MIG) turut menampilkan pelakon lain seperti Aya Amiruddin, Dottie, Ziana Zain, Ropie, Wanns Ahmad, Malia Baby, Shaf Naufas dan Apich Lo.
Artikel Berkaitan: “Just The Two Of Us” – Muat Naik Video Mesra, Fify Azmi & Niezam Zaidi Hangat Bercinta?
Artikel Berkaitan: Fify Azmi Digelar Tomboi Gara-Gara Kerap Bawa Watak Wanita Kasar – “Saya Sebenarnya Seorang Yang Lemah Lembut”
Artikel Berkaitan: “Tak Ada Istilah Tak Puas Enjoy Hidup Single & Berimej Seksi” – Fify Azmi Enggan Buka Aib, Anggap Perpisahan Dengan Nafiez Zaidi Sebagai Takdir
Artikel Berkaitan: Nafi Jalin Hubungan Dengan Syazwan Zulkifly, Fify Azmi Lebih Berhati-Hati Dalam Soal Cinta – “Saya Tak Pernah Tutup Pintu Hati”
Sumber: Harian Metro



