ROME: Zlatan Ibrahimovic dan Romelu Lukaku didenda oleh Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC) susulan pertengkaran antara mereka ketika aksi Piala Itali Januari lalu.
Penyerang AC Milan Ibrahimovic mengejek penyerang Inter Milan, Lukaku ketika pertemuan tetangga Milan itu di suku akhir sehingga menyebabkan kedua-duanya hampir bergaduh.
“Denda 4,000 euro (RM19,815) untuk Ibrahimovic, 3,000 euro (RM14,861) untuk Lukaku, 2,000 euro (RM9,907) untuk Milan dan 1,250 euro (RM 6,192) untuk Inter,” kata FIGC dalam satu kenyataan.
Penyerang Sweden, Ibrahimovic menafikan ejekannya berunsur perkauman (mengejek Lukaku mengamalkan sihir).
Kedua-dua pemain dilayangkan kad kuning selepas insiden berkenaan dan Ibrahimovic dibuang padang susulan kad kuning kedua pada babak kedua perlawanan – yang dimenangi Inter 2-1. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd