Filem Didakwa Ada Unsur Bertentangan Kepercayaan Agama, Mahkamah Tolak Permohonan Semakan Filem ‘Mentega Terbang’

Filem Didakwa Ada Unsur Bertentangan Kepercayaan Agama, Mahkamah Tolak Permohonan Semakan Filem ‘Mentega Terbang’

”Ini keputusan mahkamah, permohonan semakan kehakiman ditolak”.

Demikian keputusan pihak Mahkamah Tinggi selepas menolak permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan oleh pengarah dan penerbit, Mentega Terbang susulan larangan tayangan filem tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, Hakim Datuk Amarjeet Singh menyampaikan keputusan itu pada prosiding hari ini yang dihadiri Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali yang mewakili Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan selaku responden.

“Ini keputusan mahkamah, permohonan semakan kehakiman ditolak,” kata Hakim Amarjeet.

Bakal kemukakan rayuan

Dalam pada itu, peguam yang mewakili pengarah filem, Mohd Khairianwar Jailani dan penerbitnya Tan Meng Kheng iaitu, peguam N Surendran berkata, pihaknya akan  mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan dari Mahkamah Tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh Melukakan Perasaan Agama Lain, Pengarah & Penerbit Filem Mentega Terbang Didakwa Di Mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN:Ada Unsur Penghinaan Terhadap Agama, Pengarah & Penerbit Filem Mentega Terbang Akan Dituduh Di Mahkamah Esok

ARTIKEL BERKAITAN:Kenderaan Pengarah & Pelakon Filem Sensasi ‘Mentega Terbang’ Disimbah Cat, Diugut Bunuh

Sebelum ini, Mohd Khairianwar Jailani dan Tan Meng Kheng mendakwa keputusan yang dibuat Mahkamah adalah tidak rasional dek kerana ia melanggar kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sekaligus, berpendapat bahawa larangan tayangan tersebut menjejaskan pendapatan mereka.

Sebelum ini Kementerian Dalam Negeri mengharamkan tayangan dan publisiti filem itu menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 2662 Akta Penapisan Filem 2002 Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 bertarikh 21 Ogos 2023.

Filem yang ditayangkan menerusi platform penstriman video itu mengundang kecaman dan respons negatif orang ramai  kerana didakwa memaparkan adegan dengan unsur bertentangan fahaman serta kepercayaan agama.

 

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top