Fimie Don Kongsi Realiti Berlakon Dalam ‘Hikayat Putera Shazlan’ | Oh! Podcast – Oh! Media

Fimie Don Kongsi Realiti Berlakon Dalam ‘Hikayat Putera Shazlan’ | Oh! Podcast – Oh! Media

Pelakon terkenal dalam drama ‘Hikayat Putera Shazlan’, Fimie Don berkongsi perjalanan hidupnya yang penuh warna sejak bergelar pelakon cilik. Dari dimarahi di set penggambaran hinggalah menjadi mangsa penipuan sebuah agensi. Namun kongsinya lagi setiap pengalaman yang dilalui sedikit sebanyak telah membentuk dirinya menjadi lebih matang pada usia yang muda.

Menurut Fimie, dunia lakonan bukan sekadar glamor seperti yang dilihat ramai. Ia menuntut disiplin, ketahanan mental dan sikap profesional yang tinggi. Beliau juga menyentuh tentang kehadiran pempengaruh dalam industri lakonan, berkongsi pandangan jujur tentang cabaran dan perubahan yang berlaku.

Di sebalik kerjayanya, Fimie menegaskan bahawa keluarga sentiasa menjadi keutamaan dalam hidupnya. Segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan adalah demi memastikan orang tersayang sentiasa terbela.

Kisah ini memperlihatkan sisi sebenar seorang pelakon bahawa ianya bukan hanya tentang populariti, tetapi juga tentang cabaran, kematangan dan nilai kekeluargaan. Saksikan episod penuh untuk mengetahui lebih lanjut.

author avatar

Aqinna merupakan produser bagi tim video Oh! Media yang juga bertindak sebagai digital hos sepenuh masa. Selain itu, Aqinna turut menyumbang sebagai penulis artikel, menghasilkan kandungan kreatif dan bermutu untuk platform Oh! Media.

Scroll to Top