Fimie Don tak kisah dibayangi Putera Shazlan, baju pula disangka ‘rider’ Grabfood

Fimie Don tak kisah dibayangi Putera Shazlan, baju pula disangka ‘rider’ Grabfood

Pelakon Fimie Don tidak pernah terasa hati apabila ada segelintir peminat masih dibayangi dengan Hikayat Putera Shazlan meskipun drama bersiri berkenaan sudah berakhir sejak 13 tahun lalu.

Malah, Fimie atau nama sebenarnya Shafimie Saedon menganggap ia sebagai salah satu rezeki meninggalkan sesuatu naskah yang memberi kesan sehingga membuatkan ramai masih mengingati lakonannya sewaktu zaman kanak-kanak.

“Saya okey, saya tak kisah jika orang lebih kenal saya dengan karakter Putera Shazlan. Lebih baik saya ada satu karakter lebih menonjol berbanding banyak watak tetapi orang lupa,”ujarnya.
@jussttaimann

hahahahah Shazlannnnnnn!! 🤣 #hikayatputerashazlan #fyp #foryoupage

♬ original sound – 🅰️iman – 🅰️iman

Tambah pelakon berusia 25 tahun, dia juga menganggap ia adalah rezeki sekiranya ada karakter lain mampu menggantikan ‘Putera Shazlan’ pada masa akan datang.

Sementara itu, Fimie memberitahu dia tidak mempunyai masalah apabila sering diberi watak sebagai pelajar sekolah kerana pembinaan sesuatu karakter itu berbeza.

“Saya boleh bawa 12 watak budak sekolah yang berlainan dan apabila sekiranya saya berasa bosan itu menunjukkan saya gagal. Setakat ini saya masih di landasan betul,”ujarnya lagi.
@amin_hazlan

Fimie Don okay dipanggil Shazlan lagi…. Cerita jatuh bangun dalam industri seni #fyp #berandatiktok

♬ original sound – Amin Hazlan – Amin Hazlan

Fimie berkata demikian sewaktu ditemui di tayangan perdana siri Original Viu iaitu Nenek Bongkok Tiga yang diadakan baru-baru ini.

Disebalik pandangan matang yang dilontarkan oleh sepupu kepada pelakon Ain Edruce, kebanyakan warganet tertarik kepada baju yang dipakai oleh Fimie.

Mereka menyamakan baju dipakai oleh Fimie sewaktu hadir ke tayangan perdana dengan uniform penghantar makanan Grabfood yang kebetulan berwarna hijau.

Sumber: TikTok @amin_hazlan, @jussttaimann