Final Piala Malaysia: Padang kurang cantik, tapi tak terkopak

Final Piala Malaysia: Padang kurang cantik, tapi tak terkopak

Keadaan padang ketika hujan lebat sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 di antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. – Foto Bernama

PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) mungkin boleh menarik sedikit nafas lega apabila keadaan padang tidak terkopak atau tercabut sepanjang aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) malam ini.

Walaupun padang kelihatan agak menyakitkan mata kerana tidak sempurna di bahagian tengah dan belakang padang, namun ia tidak terlalu mencacatkan corak permainan kedua-dua pasukan.

Malah, keadaan hujan lebat yang turun sebelum perlawanan juga tidak menukar padang menjadi ‘bendang’ membuktikan sistem saliran berfungsi dengan baik.

Sebelum ini, PSM teruk dikritik apabila keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil rosak teruk selepas berlangsungnya konsert kumpulan Coldplay pada 22 November lalu.

Scroll to Top