
Pemain TFC meraikan gol penyamaan yang dihasilkan Ivan Mamut pada babak pertama perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 di antara JDT dan Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. – Foto: Bernama
TERENGGANU FC berjaya mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-1 selepas berakhirnya separuh masa pertama aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.
JDT yang tampil sebagai status penyandang juara nyata mempamerkan penguasaan dengan beberapa kali melakukan percubaan berbahaya ke pintu gol lawan.
Keadaan padang walaupun tidak cantik mata memandang, namun tidak terkopak dan tercabut menyaksikan perlawanan berlangsung dengan baik pada separuh masa pertama.
Skuad Harimau Selatan itu tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti pada minit keempat perlawanan.



