Seorang wanita tampil memohon maaf secara terbuka kepada penyanyi popular, Shila Amzah dan suaminya Ubai di atas kenyataan keterlaluan di media sosial.
Dalam video permohonan maaf tersebut, dia meluahkan rasa kesal menyatakan tidak bermaksud untuk menyinggung mengaibkan sesiapa.
Wanita mohon maaf secara terbuka
Sebagai manusia biasa, wanita berkenaan berkata dia tidak lari daripada melakukan kesilapan.
@wana.tamin Assalamualaikum, Saya, Wana, ingin mengambil ruang ini untuk memohon maaf secara terbuka kepada Encik Ubai dan Puan Sha atas komen dan tindakan saya yang telah menyinggung perasaan kalian. Saya amat kesal dan sedar bahawa perbuatan saya, walaupun mungkin tidak berniat buruk, telah memberi kesan yang tidak baik kepada pihak tuan dan puan. Saya tidak bermaksud untuk mengaibkan atau menyakitkan hati sesiapa. Sebagai manusia biasa, saya akui saya juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Saya berdoa agar pihak Encik Ubai dan Puan Sha dapat menerima permohonan maaf ini dengan hati yang terbuka. Saya ambil perkara ini sebagai satu pengajaran besar buat diri saya, dan insyaAllah saya akan lebih berhati-hati dalam setiap perkongsian atau tindakan saya selepas ini. Sekali lagi, saya mohon maaf dengan setulus hati. Semoga Allah SWT melembutkan hati kita semua dan memberi ruang untuk saling memaafkan. Sekian dahulu, saya sudahi dgn terima kasih kerana sudi mendengar.
Terdahulu, pempengaruh dan Youtuber Ubai MZ memohon bantuan orang ramai untuk mengesan individu yang telah membuat kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya dan isteri.
Individu tersebut menuduh Ubai tidak bekerja dan menyusahkan Shila sehingga perlu bekerja ketika sarat hamil.

Kenyataan tersebut mencetuskan kemarahan ramai kerana memperlekehkan usaha Ubai serta mengheret nama Shila yang sedang hamil ketika itu.
Tuduh Shila masuk campur urusan keluarga Amy Search

Bukan itu je, individu yang sama turut mengulas panjang lebar dakwaan Shila Amzah diherdik Amy Search baru-baru ini.
Pssttt! Jadilah netizen yang menggunakan media sosial dengan baik, jangan suka-suka menuduh tanpa bukti kukuh. Jadikan kes ini sebagai pengajaran tau..
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.